Shahidan Kasim.-SYAFIQ AMBAK, 02 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan menjalani satu pembedahan kecil hari ini.

Bekas Menteri Kabinet itu memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

“Sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia yang dikasihi, hari ini saya akan menjalani pembedahan kecil. Justeru, saya memohon doa dari anda semua supaya pembedahan itu berjalan lancar.

“Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, tersinggung rasa dan terguris jiwa saya ingin meminta maaf dan halalkan makan minum saya,” katanya dalam hantaran tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan punca pembedahan itu dilakukan – MalaysiaGazette