Pas Zahid LGBT Khairuddin penasihat agama bertanding Malaysia sekular
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan dakwaan mana-mana pihak bahawa Malaysia bukan negara Islam dan merupakan negara sekular sebagai terbatal.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO itu berkata, ia adalah kerana segala pengisian bernegara di Malaysia sejak 1948 adalah berasaskan tapak Islam adalah perjuangan menobatkan Islam daripada sudut politik pentadbiran bernegara atau siyasah syar’iyyah.

Menurut beliau, tidak pernah walau sedetik pun pentadbiran negara terpisah dengan Islam.

“Dalam tempoh yang panjang itu, UMNO menjadi pemerintah dan pentadbir Malaysia yang konsisten menobatkan Islam dalam pentadbiran.

“Ia selaras dengan Perlembagaan UMNO dalam Perkara 3.1 yang menjelaskan asas dan tujuan penubuhan UMNO iaitu menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Khairuddin memberitahu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan telah menyediakan tapak yang kukuh untuk mendaulatkan Islam serta dijadikan rujukan dalam pentadbiran negara dan kehidupan bermasyarakat.

Beliau menambah, pengisian dan pembinaan negara atas tapak Islam itu telah dilangsungkan secara berperingkat oleh pemerintah dan pentadbir Malaysia.

“Sehingga hari ini, Islam menjadi amalan hidup bermasyarakat dan bernegara sehingga disegani, dipuji dan menjadi rujukan negara Islam yang lain termasuk negara-negara Arab.

“Kedudukan raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Perlembagaan dan Perlembagaan negeri-negeri dengan fungsi sebagai ketua negara dan negeri serta ketua agama Islam memperkukuhkan lagi tapak Islam bagi negara ini,” jelasnya.

Mohd Khairuddin berkata, sumber manusia dalam pentadbiran negara dibangunkan menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan subjek pengajian dan amalan Islam sebagai subjek teras dan amalan pendidikan.

Menurut beliau, dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam yang diperkenalkan pada 1985 memperkasakan lagi kedudukan Islam dalam pentadbiran negara di jabatan dan agensi kerajaan.

“Saya catatkan perkara ini kerana ‘perjuangan Islam’ dengan versi yang sempit menjadi modal setengah parti politik dengan tujuan menuduh pihak yang berlawanan sebagai tidak islamik dan tidak memperjuangkan Islam,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. “Dalam tempoh yang panjang itu, UMNO menjadi pemerintah dan pentadbir Malaysia yang konsisten menobatkan Islam dalam pentadbiran.”
    Beyltul lah ape yg dia cakao nie…tapi masa 2 presiden umno memerengkap perdana menteri orang lain,bukan perdana menteri yg bernama anwar ibrahim dan bukan jugak timbalan perdana menteri merangkap presiden umno sekarang yg lahir kt indonesia dan pengasas sarkes kt malaysia nie…

Comments are closed.