Amirudin Shari

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menempelak bekas ‘rakan’ seperjuangannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menganggapnya sebagai anak didik yang perlu mengenang jasa.

Sambil berseloroh, Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor mengingatkan bekas Ahli Parlimen Gombak berkenaan pernah tewas di tangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Mula-mula nak ungkit pulak kata “Amir ingat aku yang naikkan kamu,”

“Min (Azmin) ingat, aku yang kalahkan kamu enam bulan lalu,” katanya ketika berucap di Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Selangor.

Beliau terus membidas Azmin sambil berkata, Selangor mencatatkan peningkatan pelaburan sejak Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu tidak lagi menjadi menteri besar.

“Saya nak bagitau, Min (Azmin) dengar lagi Min lepas kamu tak jadi MB Selangor, lepas kamu keluar dari Selangor pencapaian pelaburan lebih RM18 bilion. Yang terbaik sejak 30 tahun.

“Dia tahukah cara nak dapatkan pelabur atau dia dulu asyik pergi Sandakan cari pelabur?,” soalnya lagi.

Azmin hari ini mendedahkan PKR pada asalnya tidak menghantar nama Amirudin untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu mendakwa beliau bertanggungjawab untuk mengemukakan nama Amirudin kepada istana untuk dipilih menerajui kerajaan negeri.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast