Gambar hiasan

MOSCOW – Ketua kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin mendakwa pejuangnya yang berada kira-kira 200 kilometer (km) dari Moscow mengambil keputusan untuk berundur bagi mengelakkan pertumpahan darah.

Dalam kenyataan di Telegram, Progozhin berkata, pihak berkuasa Rusia mahu mengharamkan kumpulan tersebut dan kerana ia mereka ‘mereka melakukan Perbarisan Keadilan’.

“Kami berangkat pada 23 Jun. Dalam masa sehari kami mara sejauh itu yang mana ia hanya 200 km dari Moscow, ketika itu, kami tidak menumpahkan setitik darah pejuang kami.

“Kini masanya telah sampai apabila pertumphan darah boleh berlaku, oleh itu, memahami semua tanggungjawab bahawa darah warga Rusia akan tumpah pada salah satu pihak, kami berpatah balik ke kem di lapangan seperti yang dirancangkan,” katanya dalam mesej audio.

Sementara itu, Presiden Velarus, Aleksander Lukashenko berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Prigozhin sepanjang hari yang menyaksikan persetujuan untuk mengurangkan ketegangan dicapai.

“Pada pagi ini, Presiden Vladimir Putin memaklumkan kepada rakan sejawat Belarusnya mengenai keadaan di selatan Rusia. Ketua negara itu setuju untuk mengambil tindakan bersama.

“Susulan daripada perjanjian itu Presiden Belarus menjelaskan keadaan menerusi salurannya, dengan koordinasi Presiden Rusia, mengadakan perbincangan dengan Ketua Wagner PMC (private military company – syarikat tentera swasta), Yevgeny Prigozhin,” kata Lukashenko menerusi satu kenyataan.

Berikutan itu, pihak terlibat ‘bersetuju untuk tidak meneruskan pertumpahan darah di wilayah Rusia’.

“Yevgeny Prigozhin menerima cadangan President Belarus, Alexander Lukashenko untuk mengehentikan pergerakan tentera Wagner di wilayah Rusia dan langkah seterusnya mengurangakan ketegangan,” katanya. – Agensi