Tun Dr Mahathir Mohamad dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

PETALING JAYA – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq menolak dakwaan bahawa parti itu mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah Syed Saddiq berkata, MUDA adalah parti pelbagai yang mahu ‘menjuarai politik tulen’.

“Inilah sebenarnya masalah semua politik, apabila orang muda berani bersuara, bersuara mereka segera meletakkan orang muda ke tepi dengan mengatakan kita menjawab kepada semua ahli politik yang membawa politik lama juga.

“Ia tidak benar, realitinya MUDA meraikan kepelbagaian, MUDA mahukan desentralisasi kuasa, MUDA mahu Malaysia yang benar-benar berbilang kaum dan sederhana. MUDA mahu memperjuangkan dasar progresif yang tulen untuk Malaysia,” katanya dalam sidang media khas di bilik gerakan utama MUDA, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar menafikan parti itu akan bekerjasama dengan bekas ahli UMNO yang dipecat sebelum ini.

Sementara itu, Syed Saddiq menafikan dakwaan bahawa MUDA akan bekerjasama dengan ahli UMNO yang dipecat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Saya hanya baca dakwaan ini dalam berita hari ini. Saya betul-betul nak tahu daripada mana maklumat ini datang,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan memetik sumber berkata, MUDA berniat untuk memecahkan undi terutama di Selangor di mana parti itu mempunyai ramai penyokong berbanding di lima negeri lain yang terbabit dalam PRN di enam negeri. – MalaysiaGazette