Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

PETALING JAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memutuskan untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bukan hanya disebabkan pengagihan kerusi sahaja.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perubahan prinsip Kerajaan Perpaduan yang semakin ketara sejak kebelakangan initurut diambil kira.

“Secara jujurnya apa yang kami capai secara konsensus adalah bukan lagi mengenai isu kerusi PRN tapi disebabkan perubahan polisi dan membawa politik baharu dan mengubah status qou.

“Apa gunanya dalam beberapa kerusi tapi rakyat hilang kepercayaan dalam politik negara,” katanya dalam sidang media khas di bilik gerakan utama MUDA, di sini, hari ini.

Terdahulu Syed Saddiq berkata, keputusan untuk bergerak solo dalam PRN disebabkan tiada perbincangan pembahagian kerusian untuk PRN di enam negeri dilakukan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan MUDA.

“Dulu kata tidak akan ada lantikan GLC tapi sekarang lebih dashyat lantikannya.

“Dulu kata nak lawan rasuah kini jauh lebih teruk. Dulu kata nak bawa reform tapi kini reform dikorbankan, banyak telah berlaku dan kami mahu PRN ini jadi kesedaran dan MUDA perlu jadi suara itu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Muar.

Sebelum ini, Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long menafikan penglibatan dan menuduh PH mengelirukan pengundi di Selangor, selepas Ketua PKR neger, Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga menteri besar menegaskan, perbincangan kerusi masih diteruskan dengan parti itu.

MUDA juga bimbang menunggu lama untuk menyertai PH beberapa bulan selepas memohon apabila Ketua Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, gabungan itu mengutamakan BN dalam rancangan untuk enam pilihan raya negeri akan datang. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dulu kata tidak akan ada lantikan GLC tapi sekarang lebih dashyat lantikannya.

    “Dulu kata nak lawan rasuah kini jauh lebih teruk. Dulu kata nak bawa reform tapi kini reform dikorbankan, banyak telah berlaku ….gabungan pun Sahkan KEMUNAFIKAN ANWAR DAN ZAHID

Comments are closed.