Model Audi Q2

JENAMA Audi tidak pernah mengecewakan. Dalam varian sembilan model SUV Audi di Malaysia, Q2 paling kecil.

Namun, prestasi pemanduannya sangat luar biasa.

Bagi yang baru mahu mengenali jenama Audi atau lebih tepat mencari kenderaan SUV, awalan ‘Q’ adalan simbol kepada jenis ini.

Tidak berlebihan jika dikatakan, Q2 ini sangat sesuai untuk golongan wanita.

Dari luar, ia kelihatan anggun dan menarik.

Bahagian tempat duduk belakang.

Berbanding dengan model yang lain, bahagian dalaman Audi menjadi juara di hati si penggunanya.

Ruang kabin Q2 hadir dengan rekaan yang ringkas dan minimalis tetapi cukup elegan.

Bahagian atas papan pemuka dipasang dengan paparan skrin bersaiz 5 inci.

 

 

Bahagian dalaman kereta.Biarpun kecil, ia menawarkan tempat duduk yang agak luas untuk lima orang penumpang.

Ruang kargo berkapasiti 405 liter itu boleh ditingkatkan menjadi 1,050 liter apabila tempat duduk belakang dilipat sepenuhnya.

Penulis berpeluang memandu Q2 ini dari Kuala Lumpur ke Melaka.

Sebagai pemandu wanita yang cukup menitikberatkan keselamatan, penulis mendapati pemanduan cukup selesa.

Pengendaliannya sangat baik dengan kuasa enjin juga dapat dirasai serta-merta.

Kereta mewah ini dilengkapi dengan tempat duduk berventilasi, yang menawarkan penumpang dan pemandu kawalan iklim.

Ia menjadikan tempat duduk menjadi lebih sejuk untuk jangka masa panjang dan memberikan tahap keselesaan yang tinggi.

Sisi belakang kereta Audi Q2

Bicara mengenai enjinnya, Q2 dilengkapi enjin 1.4 TFSI berkuasa 150hp dengan ciri nyahaktif selinder COD (cylinder on demand) yang berfungsi menyahaktifkan silinder kedua dan ketiga pada beban sehingga 100Nm dan ketika bergerak dalam kelajuan enjin antara 1,400 hingga 3,200rpm.

Dengan rangkaian kuasa ini, secara tidak langsung dapat memberikan penjimatan bahan api sekitar 5.2 liter bagi setiap100km dan emisi 119 g/km.

Pemandu boleh memilih di antara lima mod pemanduan iaitu Auto, Comfort, Dynamic, Efficiency dan Individual.

Paling menarik, Q2 menyediakan pakej gayaan off-road serta rekaan pelekat pada bahagian badan SUV.

Mode itu dibezakan menerusi pelarasan pada maklum balas stereng, penukaran gear, pilihan kawalan suspensi dan penyerap hentak adaptif.

Dengan mod ESC off-road dan jarak kelegaan tanah mencecah 15cm, Q2 tidak kekok untuk meredah permukaan jalan yang mencabar.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari layari laman web rasmi Audi Malaysia iaitu http://www.audi.com.my/sea/web/my.html. – MalaysiaGazette