The Hague Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Perkara berkenaan didedahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Anwar berkata, beliau menerima menerima maklumat wujudnya unsur salah guna kuasa di JPN apabila proses untuk mendapatkan sijil warga negara dengan bayaran tertentu.

“Nak beri satu makluman, semalam saya terima mungkin masih dalam siasatan di JPN.

“Kita permudahkan orang yang layak mendapat status kewarganegaraan dan sebagainya untuk mendapatkan sijil itu dikenakan lagi bayaran. Tapi jumlahnya terlalu kecil harus ada tindakan yang keras dan tegas, kalau tidak dia merosakkan seluruh imej pentadbiran,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau berkata, masih ada kelompok kecil dalam Jabatan Imigresen (JIM) yang selesa dengan amalan lama khususnya pelakuan rasuah.

“Umpamanya semua kaunter Imigresen berfungsi, maknanya majoriti kakitangan Imigresen menjalankan tugas dengan baik tetapi seperti mana juga kita sedar dan sering saya tegaskan ada kumpulan kecil yang masih biasa dengan sistem dan amalan lama.

“Saya percaya itu bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak. Selalu kita sebut, kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” tambah Anwar.

Semalam, Anwar membuat lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas isu kekecohan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa pegawai JIM mengamalkan rasuah dengan meminta sejumlah wang daripada pelancong China.

Ekoran itu, beliau memberi jaminan menjalankan siasatan rapi akan dibuat terhadap isu berkenaan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Menuduh penjawat awam meminta rasuah dari ‘pelancung’ tersebut merupakan suatu tuduhan yang amat serius.

    Harap pengundi2 dienam negeri dalam PRU terdekat nanti dapat menilai sendiri tindakan menteri pakatan hancing tersebut?

    Pihak polis perlu segera siasat. Sabit kesalahan tanpa mengira menteri atau orang awam mereka yang menuduh tanpa bukti kukuh wajib dipenjarakan!

  2. Siasat juga dimana pelancung tersebut ingin menjaga seseorang? Siapa orang tersebut? Hubungan pelancung dengan menteri? Siapa majikan tersebut? Siapa ejennya?dan seribu satu lagi persoalan yang bermain difikiran?

    Ianya mungkin dapat merungkai modus operandi dakwaan 1.2 juta pelancung asing yang datang tapi tak keluar2 dari negara ini?

    Rakyat yakin pihak polis punyai kepakaran dan pasukan terbaik dalam menyiasat kes yang amat serius ini.

Comments are closed.