Gambar hiasan

JEDDAH —Kementerian Haji dan Umrah mula mengeluarkan visa elektronik untuk mengerjakan umrah sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan umat Islam menunaikan ibadah itu.

Menurut laporan Saudi Gazette, langkah itu sejajar dengan Wawasan Saudi 2030 yang mahu meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah.

Kementerian itu berkata, orang ramai yang mahu mendapatkan visa elektronik boleh menghantar permohonan ke platform Nusuk di https://www.nusuk.sa/ar/about, bagi membolehkan mereka tiba di Arab Saudi bermula 19 Julai depan.

Platform Nusuk memudahkan prosedur ketibaan kepada umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan ziarah di Mekah dan Madinah.

Ia juga menyediakan pilihan perkhidmatan rumah, residen dan pengangkutan kepada jemaah selain memudahkan akses kepada maklumat serta peta interaktif dalam beberapa bahasa.- SPA