KUALA LUMPUR – “Syed Saddiq okay, Melayu lain tak okay.”
Itu sindiran Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Ahli Parlimen Muar yang didakwa menyuruh supaya sejarah bangsa dan agama dihapuskan.
“Sementara Sultan Kedah pun memperingati kita supaya jangan lupa sejarah, Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) suruh kita hapuskan sejarah bangsa dan agama kita.
“Dengan itu dengan definisi Melayu sebagai orang yang bertutur kata dalam bahasa Melayu, mengamal adat istiadat Melayu dan agama Islam seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, maka kita semua tidak lagi jadi orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Dr Mahathir, itulah kesan apabila negara ini diiktiraf sebagai negara multiracial.
Syed Saddiq sebelum ini membidas kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan mempromosi negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Jelas Syed Saddiq, kemerdekaan dicapai adalah melalui perpaduan penduduk yang pelbagai merentasi sempadan kaum dan agama.- MalaysiaGazette
Betul juga apa yang Atok cakap ni. Memang pun mereka secara berterusan ingin menghapuskan identiti Tanah Melayu sejak dari merdeka lagi.
Terbaharu ahli parlimen dan menteri mereka berkempen untuk menjadikan sup babi sebagai satu dari warisan legasi tradisi makanan orang2 Tanah Melayu Sabah dan Sarawak @Malaysia. Hasrat tersebut sangat nyata, jelas dan ditelah dihebahkan didalam parlimen dan media massa.
Apa pula pendapat cendikiawan2, professor2, pembesar2 dan Raja2 Melayu? Rakyat nak juga dengar pendapat yang mulia dan tuan2 sekalian?