logo FELDA

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan jaminan kerajaan sehingga RM9.9 bilion untuk FELDA menerbitkan sukuk.

Bermula tahun 2023, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sehingga RM1 bilion setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk FELDA yang antara lainnya membiayai hapus kira hutang peneroka.

“Kerajaan Perpaduan komited untuk memastikan pelan pemulihan FELDA, termasuk pelupusan hutang peneroka seperti yang pernah diumumkan, akan diambil tindakan susulan untuk menyempurnakan pelaksanaannya,” kata kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan perkara yang sama. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan salur dana RM1 bilion setahun untuk kelangsungan Felda – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast