Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan

KUALA LUMPUR – Keputusan parti komponen Barisan Nasional (BN) MIC dan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan, bukan langkah memboikot gabungan itu dan PRN.

Sebaliknya ia merupakan keputusan konsensus dan dibuat berdasarkan peluang calon UMNO yang dilihat lebih cerah untuk memenangi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang bakal ditandingi BN.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan berkata keputusan itu pernah dilakukan sebelum ini, iaitu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland pada 2019, yang menyaksikan kerusi tradisi MIC diberikan kepada calon UMNO dan berjaya dimenangi BN pada PRK itu.

“Tidak timbul soal kita memboikot (PRN)…kita ambil semangat atau spirit Cameron Highland (PRK)…kita lihat peluang UMNO menang lebih cerah…jadi kita beri laluan pada mereka bertanding.

“Keputusan ini ialah soal kemenangan BN… kemenangan BN lebih penting daripada kemenangan parti secara individu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini, di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast