PKR Flag Anwar Ibrahim Prime Minister
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, PKR akan menumpu perhatian kepada Kedah dalam pilihan raya enam negeri yang bakal diadakan.

Chean Chung yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, Kedah merupakan negeri yang selalu mengalami pertukaran kerajaan dan PKR justeru dilihat masih mempunyai harapan untuk menawan negeri itu.

“Selepas ini, pemimpin PKR akan pergi ke Kedah untuk berkempen di situ.

“Kami akan berusaha di barisan hadapan dan melakukan pelbagai program dengan harapan akan dapatĀ  menembus Kedah,” katanya seperti dipetik Sinchew Daily.

Dalam pada itu, Chean Chung berkata, walaupun pertarungan di Kelantan dan Terengganu adalah sukar tetapi PKR masih mahu bertanding di dua negeri itu, termasuk di kerusi Bandar di Terengganu dan Kota Lama di Kelantan.

Katanya, harapan PKR di dua negeri Pantai Timur itu adalah dapat “memecah telur.”

“Kami tidak mempunyai kelebihan dalam perang tiga segi di Kelantan dan Terengganu sebelum ini, tetapi keadaan sudah berubah dengan kerjasama PH dan BN

“Misi PH di dua negeri ini adalah mahu memecah telur dengan menyediakan satu pilihan kepada pengundi di situ,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. DAP PKR nak bertanding di DUN KEDAH KELANTAN TERENGGANU tidak dihalang tetapi dinasihatkan semuga MENJAGA TELOR masing-masing tidak menjadi busuk dimana FAKTA sekarang TELOR UMNO telah menjadi TELOR TEMBELANG. PAN boleh menjadi contoh kepada DAP PKR jaga telor untuk buat TELOR ASIN… ZAHID HAMIDI??? dah siapkan segala dokumen ke….

Comments are closed.