Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak

KUANTAN – Penyertaan penuntut lelaki dalam pengajian Kulliyyah Kejururawatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini mencecah 15 peratus daripada 523 pelajar dan ia dijangka meningkat pada masa depan.

Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, trend positif itu dapat dilihat apabila seorang penuntut lelaki yang mengikuti jurusan tersebut ketika ia diperkenalkan pada 2004.

“Trend ini menunjukkan kita mempunyai keupayaan untuk melatih jururawat lelaki sebaik jururawat perempuan selain permintaan terhadap mereka di fasiliti kesihatan juga semakin meningkat.

”Masa konvokesyen tahun lepas, yang mana penuntut terbaik adalah lelaki,” ujaranya selepas majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Kejururawatan ke-3 anjuran Kulliyyah Kejururawatan UIAM, di sini, hari ini.

Persidangan dua hari bertema ‘Future Global Direction in Nursing and Midwifery for Sustainable Healthcare Workforce’ disertai 200 peserta dari dalam dan luar negara.

Dr Muhammad Kamil Che Hasan

Dalam pada itu, Dekan Kulliyyah Kejururawatan UIAM, Prof Madya Dr Muhammad Kamil Che Hasan berkata, peningkatan bilangan penuntut lelaki dalam bidang berkenaan juga selaras dengan peningkatan permintaan jururawat lelaki dalam industri.

Ujarnya, penglibatan golongan tersebut disambut baik oleh masyarakat yang semakin terbuka dengan kepentingan serta fungsi jururawat lelaki dalam fasiliti kesihatan.

”Kini permintaan terhadap jururawat lelaki perlu dalam kesihatan terutama apabila melibatkan aspek kekuatan fizikal untuk mengangkat pesakit,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast