KUALA LUMPUR – Sejak tarikh-tarikh untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ditetapkan, macam-macam senarai nama calon yang tidak rasmi yang akan kemungkinan akan bertanding mula tersebar dalam dalam laman sosial ketika ini.
Sama ada ianya palsu atau lebih kepada ‘psy war’, ianya tidak dapat dipastikan lagi namun pada masa sama senarai-senarai itu ‘logiknya’.
Terbaharu, sejak semalam sudah mula tersebar senarai calon-calon yang bakal bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) mewakili PKR di Selangor.
Menurut seorang sumber tertinggi PKR Selangor yang enggan dinamakan berkata, parti itu sedang merancang untuk meletakkan beberapa calon muka baharu yang mempunyai rekod kerja cemerlang.
“Sama ada ianya psy war atau tidak saya tidak pasti, tapi saya difahamkan memang ada muka baharu malah senarai yang dikeluarkan itu memang ada benarnya.
“Tapi tidak akan ada sesiapa tampil bercakap mengenainya secara on the record kerana kita tunggu pengumuman rasmi kerana saat-saat akhir juga memang ada pertukaran lagi-lagi pada masa ini bukan sahaja PKR dan DAP, Amanah sebagai gabungan sebaliknya juga BN.
“Di Selangor sahaja, untuk pastikan kita menang besar, memang sudah ada cadangan dikemukakan untuk calon-calon bertanding ini dalam kalangan muka baharu atau kali pertama bertanding namun wajah itu bukan asing kerana di lapangan masing-masing adanya trek rekod,” katanya kepada MalaysiaGazette.
MalaysiaGazette yang turut mendapat senarai itu mendakwa seramai 21 ahli PKR akan bertanding di PRN Selangor dengan antara nama menarik termasuklah Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad @ Altimet (Dun Lembah Jaya), Saifuddin Safi di Dun Batang Kali, Thiban Subramaniam di Dun Bukit Melawati, David Cheong di Dun Kajang, Fakhan Yasin di Seri Setia, Ahmad Akhir Pawan di Taman Medan.
Juga Loh Ker Chean di Bukit Lanjan, Dr Fahmi Ngah di Kota Anggerik, Izuan Kasim di Batu Tiga serta Afrishah Aziz di Dun Sementa.
Turut difahamkan, ada di antara muka baharu ini seperti Izuan Kasim merupakan Ketua Angkatan Muda Selangor dan juga Ahli Majlis MBSA Saifuddin Safi pula merupakan pegawai khas kepada Menteri Besar, Timbalan Ketua Cabang selain dinamakan sebagai Penyelaras DUN Batang yang sudah aktif lebih setahun, Ker Chean pula tidak baru di Bukit Lanjan malah menjawat jawatan Setiausaha Wanita Pusat dan juga Pegawai Khas Kementerian Pendidikan.
Selain itu, Thiban pula merupakan Ketua Cabang Kuala Selangor dan pegawai Khas kepada Menteri Ekonomi, Ahmad Akhir pula merupakan Ahli Majlis MBPJ dan Aidi Manan pula bekas Presiden ABIM.
Kata sumber itu, kemenangan calon-calon PKR di Selangor amat penting.
“Kita sudah lama bertapak di Selangor sejak 2008 dan rata-rata calon atau pemimpin di negeri ini semuanya amat berkebolehan serta sudah lama turun padang, tidak kira ada nama atau sebaliknya. Apapun kita tunggu 20 Julai ini,” ujarnya.
Beberapa hari lepas, Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata, agihan kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan BN telah dimuktamadkan dengan BN diperuntukkan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi dipertandingkan.
PRN akan diadakan 12 Ogos depan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. -MalaysiaGazette