KUALA LUMPUR – Hotlink memperkenalkan pelan prabayar serba baharu dengan pas internet yang dinaiktaraf, menawarkan lebih nilai, pilihan dan fleksibiliti kepada pelanggan prabayar.

Pas internet Hotlink Tanpa Had RM50 dan RM40 meningkatkan kelajuan internet masing-masing kepada 12Mbps dan 6Mbps.

Sementara itu, pas Hotlink Pantas RM35 dan RM25 kini disertakan dengan lebih data.

Maxis berkata, pelan prabayar Hotlink serba baharu menyepadukan pelan Hotlink Unlimited dan Hotlink Pantas yang popular, digandingkan dengan lebih banyak pilihan pas internet.

Sempena pelancarannya, Hotlink menawarkan baucar pulangan tunai 20% kepada golongan belia untuk setiap pembelian pas internet baharu.

“Pelanggan kami menggunakan lebih banyak data setiap hari, dan kami sentiasa meneroka untuk meningkatkan pelan prabayar kami berdasarkan keperluan mereka dan gaya hidup digital
yang semakin meningkat. Pelan baharu kami akan memudahkan pengalaman mereka sambil menawarkan nilai yang lebih banyak,” kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink.

Selain lebih banyak internet, pelanggan Hotlink akan terus mendapat akses percuma kepada siaran langsung permainan Liga Perdana, item dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang
percuma, diskaun menarik untuk tiket wayang dan tawaran rakan kongsi eksklusif melalui aplikasi Hotlink.

Pelanggan sedia ada untuk pelan Hotlink lain digalakkan untuk bertukar kepada pelan baharu ini melalui aplikasi Hotlink, terma dan syarat dikenakan. – MalaysiaGazette