PERMATANG PAUH – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui satu ketika dahulu beliau alergik melihat logo roket yang melambangkan parti DAP.
Bagaimanapun, jelas beliau, keserasian antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) diwujudkan bagi memastikan gabungan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menterjemahkan kebajikan buat rakyat.
Menurut Ahmad Zahid, jentera BN khususnya jentera UMNO Pulau Pinang telah berjanji akan membantu calon PH tidak kira di mana mereka bertanding.
“Dulu saya alergik tengok roket (DAP) dan dulu juga lawan tetap lawan tetapi sekarang kita ketepikan persengketaan dengan tutup buku lama dan buka buru baru.
“Bila sudah janji (bantu calon PH) kita tidak akan tarik balik dan kita akan teruskan komitmen bukan soal jawatan tapi kebersamaan bagi memperkukuhkan Kerajaan Madani.
“Saya bukan mahu mendahului hukum Allah SWT tapi InsyaAllah dan Chow Kon Yeow akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya kita menang di Pulau Pinang,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, malam tadi.
Tambah Ahmad Zahid, BN juga akan membantu menarik pelabur ke Pulau Pinang selepas menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Asas kemajuan Pulau Pinang daripada BN suatu ketika dahulu tetapi hakikatnya selepas 15 tahun Pinang semakin maju.
“Sehubungan itu, kita (BN) akan memberikan komitmen menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) dan Kementerian Luar Negeri untuk membawa masuk lebih ramai pelabur ke negeri ini.
“Malah menerusi Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW) kita akan mendokong misi Perdana Menteri untuk noktahkan kemiskiban tegar,” katanya. – MalaysiaGazette
Tutup BUKU lama BUKA buku baru… huh bijak bijak untuk ZAHID. Rujuk iltizam dia:-
¹Bila sudah janji (bantu calon PH) kita tidak akan tarik balik dan kita akan teruskan komitmen…
²Saya bukan mahu mendahului hukum Allah SWT tapi InsyaAllah dan Chow Kon Yeow dilantik sebagai Ketua Menteri…
³sekiranya kita menang di Pulau Pinang.
motto UMNO TUTUP BUKU
misi UMNO MENJADI PROKSI DAP
1)Bila sudah JANJI.. pejadi SUMPAH dan JANJI dengan ahli UMNO di PAU?
2)Bukan mahu mendahului HUKUM ALLAH.. kata jika bergabung dengan PN maka kerusi calon DUN dan MP UMNO akan dikecilkan tu apa kejadahnya?
3) claim “kita menang” ini …. ? MCA MIC perlu berwaspada menjadi manusia BIJAK.