Mohamad Sabu ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

PERMATANG PAUH – “Hampa (penyokong) yang kat (di) himpunan (Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang) malam ini jangan seronok sangat kerana minggu terakhir (pilihan raya) tentukan arah pengundi,” demikian kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau memberi peringatan itu sebelum mengimbau semula kekalahan Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November lalu.

“Masa himpunan PRU15 ramai (penyokong) macam inilah tapi akhirnya Nurul Izzah kalah di Parlimen Permatang Pauh. Bukan saja itu, saya ucap tahniah kepada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan beliau kata tiada lawan baginya tapi kalah juga.

“Jadi himpunan malam ni jangan seronok sangat bang Mat (pesan) selaku orang tua lama, sebab minggu terakhir tentukan arah pengundi apabila (ada pihak) mainkan isu Islam terancam dan anak-anak muda balik bagi tau ibu bapa mereka habis Pakatan Harapan, UMNO (kalah) dari Perlis sampai Kedah hanya tinggal kerusi Sungai Petani saja.

“Kalau kali ini tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Permatang Pauh menang kepada Perikatan Nasional (PN) aku (Mohamad) tak mau balik kampung, malu nak balik,” katanya seloroh ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, hari ini.

Menerusi ucapan sama Mohamad mempertikaikan mengapa Pas tidak melaksakan Rang Undang Undang 355 (RUU 355) ketika mereka menjadi kerajaan sebelum ini.

“Dulu depa (pemimpin Pas) yang aku duduk bersama 37 tahun marah Wan Azizah kerana tak mahu melaksanakan RUU 355, tapi kenapa ketika menjadi Menteri Undang-Undang tidak melaksanakannya?

“Jadi kalau ada orang Melayu nak undi lagi depa (PN) ini aku heran depa (pengundi) itu orang atau plastik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Mat Sabu ada MALU ke?? Anak muda akan hairan jika IBUBAPA dan ahli keluarga mengundi UMNO… sekarang UMNO adalah “PROKSI” DAP. Anak muda dan akarumbi UMNO sendiri betul-betul rasa pelik apabila ZAHID HAMIDI bersama MKT UMNO begitu PATUH SETIA kepada DAP.. yang HINA UMNO Penyamun Rasuah PEROMPAK Racist dan pelbagai perkataan terkutuk. Penyokong UMNO ni plastic atau KAYU… tiada MALU tiada MARUAH tiada AKAL… Sayonara Sayonara Sayonara ZAHID HAMIDI… kemas-kemas cepat… takut TAKDAN nanti.

Comments are closed.