Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Dua beranak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM90,000 kepada sebuah agensi kerajaan, tiga tahun lepas.

Menurut sumber, pemilik sebuah syarikat dan pengarah projek, yang merupakan lelaki berusia 50 tahun dan 25 tahun, ditahan di pejabat SPRM Johor pada kira-kira 8 malam selepas hadir memberi keterangan.

Difahamkan pada 2020, kedua-dua lelaki telah mengemukakan tuntutan palsu kepada agensi itu berkaitan tuntutan program subsidi upah melibatkan dana kerajaan.

Sumber itu berkata kedua-dua lelaki telah melampirkan senarai nama pekerja yang layak sedangkan hasil tuntutan tersebut tidak dibayar kepada pekerja syarikat terbabit.

Katanya mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast