hutang kerajaan
Anwar Ibrahim

SEKINCHAN – Kenyataan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim kononnya kes yang dihadapi Menteri Besar Kedah sebagai satu cubaan melumpuhkan Perikatan Nasional bukan sesuatu mengejutkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata, orang ramai perlu melihat semula laporan Dewan Diraja Selangor ke atas Menteri Besar Kedah hingga boleh menjejaskan kedudukan Raja-Raja.

“Ahli Parlimen Pendang itu memang komen dia seperti biasa tidak mengejutkan. Tapi kita tengok siapa yang buat laporan.

“(Laporan) Dewan Diraja Selangor itu kita kena tengok

“Kemudian apa komen Sultan Selangor semalam, kes tak selesai, jadi saya ingat proses itu (dihormati),” katanya kepada pemberita di MSekin Wonderland, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Sentuhan Agro Madani anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Awal hari ini, Menteri Besar Kedah berdepan dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan, Sanusi didakwa didapati melakukan perbuatan mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Beliau mengulas dakwaan pemimpin Pas kononnya pertuduhan dibuat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, di mahkamah adalah disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, berkata tindakan pendakwaan itu dianggap seperti klimaks dalam ‘melumpuhkan’ kemaraan Pas dan PN menjelang PRN pada 12 Ogos ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast