Zon penampan antara Korea Selatan dan Korea Utara. foto The Observer

SEOUL – Korea Utara dipercayai telah menahan seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang menyeberangi sempadan secara sengaja dari Korea Selatan tanpa kebenaran.

Askar itu berada di sini kerana dalam lawatan ke zon kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membahagikan kedua-dua negara.

Ketika ini warganegara AS dinasihatkan untuk tidak pergi ke sana.

Seorang komander kanan AS berkata, pihaknya tidak berhubung dengan askar itu.

Laksamana John Aquilino Komander Komando Indo-Pasifik AS berkata, beliau “tidak menjejaki” hubungan dengan Korea Utara.

Beliau berkata, askar itu bertindak rela dengan “berlari” tetapi tanpa kebenaran, dan kejadian itu sedang disiasat oleh Pasukan Tentera AS di Korea Selatan.

Beberapa jam selepas penahanan askar itu, Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik yang disyaki ke laut berhampiran.

Pelancaran peluru berpandu itu, yang telah disahkan oleh tentera Korea Selatan, muncul ketika ketegangan memuncak di Semenanjung Korea.

Setakat ini tidak diketahui pelancaran peluru berpandu itu ada kaitan dengan penahanan askar tersebut.

Tambahnya, AS juga tidak tahu sama ada askar itu telah berpaling tadah ke Korea Utara atau berharap untuk diselamatkan.

Belum ada kenyataan dari Korea Utara.

Pentagon telah mengenal pasti askar itu sebagai Private 2nd Class Travis King dan sudah berada tentera sejak Januari 2021.

Dia adalah seorang askar berkuda – pakar peninjau – pada asalnya ditugaskan kepada elemen Divisyen Berperisai Pertama dan dalam giliran dengan tentera AS di Korea Selatan.

The Associated Press pula melaporkan askar itu menghadapi tindakan tatatertib selepas ditahan di Korea Selatan atas tuduhan menyerang. – Agensi