KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dijangka bertanding 105 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Jumlah bilangan kerusi itu diperolehi berdasarkan label nama kawasan DUN enam negeri yang dilekatkan pada kerusi di dalam Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Bagaimanapun tiada nama calon didedahkan dan MalaysiaGazette percaya ia akan diumumkan dalam majlis Pengumuman Calon BN Pilihan Raya Umum ke-15, jam 8.30 malam ini.

Berdasarkan tinjauan MalaysiaGazette, BN dijangka bertanding di 12 kerusi DUN Selangor, Pulau Pinang (6 kerusi), Terengganu (27), Kelantan (30), Kedah (15) dan Negeri Sembilan (15), berjumlah 105 kerusi.

Antara senarai kawasan DUN Selangor yang ditandingi Selangor ialah Sijangkang, Dengkil, Selat Klang, Semenyih, Dusun Tua, Gombak Setia, Kuang, Jeram, Sungai Burong, Batang Kali, Sungai Panjang dan Sungai Air Tawar.

Bagi kawasan DUN Pulau Pinang pula ialah Telok Bahang, Sungai Acheh, Sungai Dua, Permatang Berangan, Bertam dan Penaga.

Selain itu, BN turut meletakkan calonnya di 27 kerusi DUN Terengganu, antaranya ialah Air Putih, Kijal, Kemasik, Paka, Rantau Abang, Bukit Besi, Ajil, Kuala Berang, Telemung, Pengkalan Berangan, Bukit Payung, Alur Limbat, Galas, Kuala Besut, Kota Putera, Jertih, Hulu Besut, Jabi, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Tepuh, Buluh Gading, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Bandar dan Ladang.

Dalam pada itu, BN turut meletakkan calonnya di 30 kawasan DUN Kelantan, antaranya Pengkalan Kubor, Kelaboran, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Bukit Payung, Tendong, Meranti, Gual Periok, Apam Putra, Salor, Pantai Irama, Jelawat, Melor dan Kok Lanas.

Turut ditandingi BN Kelantan di Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Kuala Balah, Guchil, Manek Urai, Dabong, Nenggiri dan Paloh.

BN juga meletakkan calon di 15 kerusi DUN Kedah, antaranya Ayer Hangat, Ayer Hitam, Bukit Kayu Hitam, Pedu, Bukit Lada, Anak Bukit, Sungai Tiang, Guar Chempedak, Jeneri, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka, Bayu, Kuala Ketil, Merbau Pulas dan Bandar Baharu.

BN dijangka meletakkan 15 calonnya di kerusi DUN Negeri Sembilan, antaranya Sungai Lui, Serting, Palong, Jeram Padang, Lenggeng, Juaseh, Seri Menanti, Senaling, Johol, Chembong, Kota, Bagan Pinang, Linggi, Gemas dan Gemencheh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast