Wan Azliana Wan Adnan

KUALA LUMPUR – Bagaimana kerajaan boleh memberi kebenaran kepada penyanyi Matty Heily dan pemain bass Ross MacDonald, dari kumpulan muzik The 1975 yang terkenal kerana mempromosikan LGBT boleh memasuki negara ini, soal aktivis Wan Azliana Wan Adnan.

Lagipun ini bukan kali pertama melakukan provokasi tersebut kerana Matt Heily telah bercium dengan kaum sejenis di atas pentas semasa konsert di Dubai pada Ogos 2019.

Wan Azlina yang juga seorang peguam berkata, perbuatan Matt Heily dan Ross Macdonald bukan hanya bertentangan dengan agama, moral dan budaya Malaysia malah bertentangan dengan undang-undang negara.

“Mereka dengan kurang ajar telah dengan sengaja berkelakuan tidak senonoh di atas pentas dan mengetahui perbuatan mereka disaksikan oleh orang ramai. Itu menunjukkan mereka dengan sengaja menghina dan mempersendakan agama Islam dan sengaja melanggar undang-undang Malaysia.

“Oleh yang demikian, tindakan tegas harus dikenakan terhadap mereka. Pihak polis harus siasat dan mendakwa mereka di mahkamah jenayah atas perbuatan mempromosikan LGBT, menghasut kebencian dan membuat provokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Azliana menambah, kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat termasuk juga penganjur yang menganjurkan program tersebut kerana secara terang mereka telah mempersendakan negara Malaysia.

Jika tiada tindakan tegas yang diambil, apa guna dipanggil Kerajaan Madani, kerana Madani bermaksud menyemai nilai-nilai murni.

Perbuatan mempromosikan LGBT adalah bertentangan dengan nilai-nilai agama dan budaya, tambahnya.

Bahkan, kata beliau, Kerajaan Malaysia akan kelihatan lemah jika membenarkan perbuatan provokasi itu dibiarkan tanpa pendakwaan.

Menurutnya, kesalahan itu diperuntukkan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan adalah undang-undang yang berkenaan dengan kelakuan tidak sopan dan jijik yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Atas perbuatan mereka yang menghasut kebencian terhadap agama dan negara, kedua-dua individu itu boleh disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Akta Hasutan 1948 digubal adalah untuk menjaga keharmonian rakyat Malaysia. Sesiapa yang melakukan atau cuba untuk melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut telah melakukan suatu kesalahan jenayah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.