ar selangor
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia Gombak mendakwa masalah gangguan bekalan air di daerah itu kian menjadi-jadi.

Dalam kawasan Gombak, sekitar Selayang dan Taman Sri Gombak, telah berlaku sekurang-kurangnya dua gangguan bekalan air mengejut akibat paip bawah tanah pecah dalam empat hari antara 17 Julai dengan 20 Julai 2023.

Kedua-dua gangguan ini bertempoh lebih daripada lapan jam dan menyebabkan ketidakselesaan berlarutan bagi semua yang terkesan.

Gangguan sebegini telah berlaku terlalu banyak kali dalam tahun ini sahaja.

Penyelaras PSM Gombak, Arveent Kathirtchelvan berkata, pihak faham bahawa situasi yang tidak dijangka memang berpotensi berlaku sekali-sekala.

Akan tetapi, kekerapan isu yang sama berulang atas sebab yang sama dan tempat yang sama menimbulkan persoalan mengapakah tiadanya suatu jalan penyelesaisan kekal.

“Kami berasa pihak Air Selangor serta kerajaan negeri Selangor bersikap sambil lewa terhadap isu ini. Nampaknya mereka berasa bahawa tindakan mengambil alih dari pihak Puncak
Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) pada 2015 serta Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) pada 2018 telah
secara langsung menyelesaikan segala masalah lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, pihaknya mengesyorkan langkah-langkah berikut untuk mencari suatu penyelesaian kekal.

Antaranya mengadakan audit menyeluruh ke atas semua pemasangan paip bawah tanah sekitar Selangor, terutamanya di kawasan tertentu gangguan (hotspot) seperti Gombak, Klang
dan Shah Alam dan Audit ini harus merangkumi segala tarikh pemasangan, penambahbaikan yang dilakukan dan keadaan semasa paip tersebut.

Sejajar dengan audit ini, pihak Air Selangor harus melaksanakan penyelenggaraan pencegahan (preventative maintenance ) terhadap kawasan-kawasan tertentu untuk mengelakkan masalah paip pecah berterusan.

Tambahnya, penyelenggaraan ini termasuk pembaikan dan penggantian komponen rosak serta penambahbaikan keadaan sekeliling komponen tersebut yang mungkin terkesan daripada pembangunan tidak dijangka (contohnya, tekanan daripada kenderaan berat dan pembinaan bangunan yang tidak dirancang sebelum ini).

Selain itu, mengkaji penggunaan kaedah tadahan air hujan di sekitar Selangor untuk memastikan suatu rizab minimum air wujud apabila situasi tidak terjangka sebegini berlaku.

“Kerajaan Selangor serta pihak Air Selangor mesti menggalas tanggungjawab ini secara serius untuk memastikan rakyat Selangor, terutamanya rakyat Marhaen,
tidak terjejas lagi dengan masalah gangguan bekalan air,” ujarnya. – MalaysiaGazette