Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru dijangka akan beroperasi seperti biasa bermula esok

JOHOR BAHRU – Operasi di dalam bangunan Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru akan beroperasi seperti biasa esok, susulan kejadian kebakaran, pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, semua operasi di dalam bangunan dihentikan sementara waktu kecuali pengoperasian bas ekspres.

“Saya bergegas ke Larkin Sentral setelah mendapat maklumat kebakaran bangunan tersebut yang bermula jam 7 pagi. Empat kedai di tingkat satu hangus terbakar.

“Syukur tiada sebarang kemalangan melibatkan orang awam dan pihak Bomba mengesahkan sebahagian besar bangunan masih selamat digunakan.

“Operasi dalam bangunan dihentikan sementara dan semua operasi bas ekspres diteruskan seperti biasa tetapi secara manual di Platform C dan bas akan menggunakan 11 bay di Plaform C,” katanya ketika mengadakan lawatan di Larikim Sentral, petang tadi.

Perkara itu dikongsikan beliau selepas diberi taklimat oleh pihak Pengurusan Terminal Bas Larkin Sentral mengenai kejadian kebakaran yang turut menjejaskan empat premis di dalam bengunan terbabit.

Tambah Mohamad Fazli, bas awam akan beroperasi di Jalan Kenyalang dan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam itu boleh menunggu di pintu masuk kawasan Bay Bas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast