Dr. Rahmat dilantik sebagai pengerusi baharu Suhakam untuk sesi 2022-2025.

KUALA LUMPUR – Walaupun Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong kesaksamaan kepada semua dan kebebasan bersuara kepada semua, namun suruhanjaya ini mengecam perbuatan jelik yang ditunjukkan oleh penyanyi utama The 1975, Matty Healy.

Pengerusi Suhakam, Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata,  tindakan semberono Healy semasa di atas pentas telah menyebabkan acara tersebut dibatalkan dan memberi kesan ekonomi yang negatif kepada ramai artis dan pengusaha vendor.

Suhakam berkata, hak asasi mesti diamalkan secara bertanggungjawab dan dalam sekatan yang terdapat dalam undang-undang serta pertimbangan budaya tempatan.

Katanya, bertahun-tahun Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah kepada pelbagai artis yang telah menunjukkan penghormatan terhadap undang-undang dan norma budaya tempatan semasa persembahan mereka.

“Sebarang batasan kepada kebebasan bersuara hendaklah seimbang dan tertakluk kepada piawaian hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
kerana keselamatan negara dan ketenteraman awam adalah perkara amat dititik beratkan,” katanya sambil mengalu-alukan inisiatif kerajaan yang mengumumkan bantuan untuk artis dan vendor yang terjejas akibat pembatalan Festival Good Vibes.

Suhakam menambah, menerima kepelbagaian budaya adalah penting untuk memupuk keharmonian dalam masyarakat negara ini, malah menekankan nilai hak asasi manusia, sensitiviti budaya, dan pematuhan undang-undang dapat membina masyarakat yang menghormati hak dan maruah semua individu.

Pada masa yang sama menghargai sejarah yang kaya dengan budaya, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast