Penyanyi, Muhammad Radhi Razali atau lebih dikenali Radhi OAG.

PETALING JAYA –  Mahkamah Majistret hari ini menetapkan satu tarikh baru bagi sebutan kes penyanyi, Radhi OAG yang didakwa mencederakan bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri.

Majistret, Muhammad Iskandar Zainol membuat keputusan tersebut selepas bekas isteri Radhi atau Muhammad Radhi Razali disahkan belum menarik laporan polis.

“Saya tetapkan tarikh sebutan baru pada 29 Ogos,” katanya.

Baru-baru ini dilaporkan, Nur Shahira Ayu dilaporkan bersetuju menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.

Mahkamah Majistret hari ini menetapkan satu tarikh baru bagi sebutan kes penyanyi, Radhi OAG yang didakwa mencederakan bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri.

Bagaimanapun Majistret hari ini mengesahkan tiada penarikan laporan polis dibuat sehingga hari ini.

Sebagai rekod, Radhi dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa mendatangkan kecederaan kepada Nur Shahira mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau didakwa bertindak sedemikian di parkir Emporis Kota Damansara pada 19 April 2022. – MalaysiaGazette