KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin atau dikenali sebagai Tok Pon diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, pencalonan Ketua Penerangan UMNO Kedah itu menjadikan keseluruhan 108 kerusi bakal ditandingi oleh BN dalam pilihan raya di enam negeri.
“Saya juga mewakili BN merakamkan penghargaan kepada Pakatan Harapan atas semangat perpaduan memberikan laluan kepada BN untuk bertanding di kerusi DUN Tanjung Dawai.
“Kepada Allah kita berserah. Mudah-mudahan diberikan kemenangan oleh Allah juga,” katanya dalam kenyataan.
Kerusi DUN Tanjung Dawai disandang oleh calon Pas Hanif Ghazali yang menang pada pilihan raya umum ke-14 lalu dengan majoriti 952 undi.-MalaysiaGazette
Tok Pon hahaha kebetulan ada kawan aq bagi BURUNG MERBOK… sempena masa yang sama Rakyat KEDAH panggil dia Tuk MERBOK dulu.
serahkan pada Allah KALAH pun itu telah ditakdirkan… bersyukur pada segalanya. Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI simpan ticket tu ditempat Selamat