GEORGE TOWN – Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai disebut-sebut sebagai calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Bayan Lepas pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Ogos nanti.
Bagaimanapun, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan itu Dominic meminta pihak media menunggu pengumuman rasmi membabitkan calon PN Pulau Pinang yang akan berlansung pukul 9 malam ini di Markas Pas Pongsu Seribu, Kepala Batas.
Mengulas lanjut mengenai perbezaan pandangan berhubung beliau akan bertanding di kerusi majoriti Melayu, Dominic mengaku ada kekurangan daripada segi komunikasi dalam PN dan mewujud pandangan berlainan dalam kalangan mereka.
“Semasa proses pemilihan calon ada banyak cabaran kerana ramai pemimpin layak jadi calon namun kita hanya boleh pilih seorang bagi setiap satu kawasan.
“Memang ada beberapa pandangan dalam (isu bertanding kawasan Melayu) dan saya anggap itu pandangan berlainan namun kita akan teruskan buat penjelasan serta perbaiki komunikasi antara pemimpin
“Saya tak sebut bertanding di mana, kamu yang sebut (Bayan Lepas) cuma saya nak terangkan di sini objektif kita jelas iaitu menangkan PN dalam PRN15 ini,” katanya pada sidang media pelancaran Bilik Gerakan DUN Pantai Jereka di Bayan Baru di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong.
Tong Keong antara yang disebut sebagai calon bagi kerusi Pantai Jerejak.
Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada kerusi majoriti Melayu jadi rebutan beliau susulan ia antara kerusi mudah dimenangi, Dominic menegaskan, tiada kerusi dalam PRN15 yang boleh diklasifikasikan sebagai mudah menang.
“Tiada kerusi yang selamat atau jamin menang. Semua calon PN perlu berusaha untuk mendapatkan sokongan dan mandat daripada rakyat agar menang di kerusi yang mereka dicalonkan.
“Selain itu, negara kita ini berbilang kaum jadi bagi Gerakan serta PN kita letak calon yang sesuai berbanding soal calon dari segi kaum, agama serta budaya,” jelasnya.
Sejak kelmarin tular dakwaan Dominic bertanding di DUN Telok Ayer Tawar dalam Parlimen Tasek Gelugor bagaimanapun Dewan Pemuda Pas kawasan berkenaan memberi amaran akan gerakan jentera bertanding bebas sekiranya Gerakan itu tidak mengundurkan diri.
Terbaru, tular dakwaan jentera Pas Bayan Lepas akan menutup bilik gerakan operasi sekiranya Dominic bertanding di kerusi tersebut. – MalaysiaGazette
Kerusi Bayan Lepas dlm Parlimen Balik Pulau ni ialah salah satu dari 3 kerusi majoriti Melayu di bhg pulau. Sejak dulu, PAS bertanding kat sini. Tapi akhirnya PAS terpaksa serahkan kerusi majoriti Melayu ni kpd Gerakan sbb nak jilat. Yg Dominic ni plak..ada 40 kerusi di Penang majoriti bukan Melayu..apa pasal tak bertanding? Lawanlah KM kaa..Lim Guang Eng kaa..ko sbg presiden parti,.takut kaaa??? Apa2 pun tahniah apek sbb buat PAS gerun ..sembang je laa proklamasi Melayu bagai…haaa