Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan anugerah Jasa Bakti kepada penerima pada Majlis Perhimpunan Perdana Batin dan Penghulu Orang Asli Bersama Pemimpin Tahun 2023 ketika di Summit Hotel USJ, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 26 JULAI 2023.

SUBANG  JAYA – Kerajaan bersetuju meluluskan pemberian saguhati secara one off sebanyak RM1,000 kepada Tok Batin atau Penghulu.

Dalam masa yang sama, sebanyak RM500 akan diberikan kelada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA).

Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pemberian saguhati tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM900,000.

Jelasnya, pemberian berkenaan sebagai tanda penghargaan kerajaan atas sumbangan yang telah diberikan oleh Batin dan Penghulu untuk bekerjasama dengan kerajaan.

“Ini kita beri bukan sebab esok hari raya atau pilihan raya tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan kita bantu orang asli, dan orang asli bersungguh- sungguh dengan kerajaan. Ini bukan untuk kepentingan peribadi tapi untuk anak-anak semua orang asli.

“Pemberian ini tanda penghargaan atas sumbangan Tok Batin dan Penghulu dan beliau berharap semua proaktif supya tidak ada yang tertinggal untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat dapat dinikmati semua tanpa kira latar belakang,” katanya ketika berucap di  Majlis Perhimpunan Perdaba Batin/Penghulu Orang Asli Bersama Pemimpin malam ini.

Selain itu, Zahid bercadang untuk mewujudkan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khas untuk orang asli pada tahun ini.

Selain itu beliau menambah kuota kepada 400 anak orang asli yang masuk ke universiti tahun ini.

“Saya beri arahan baru dan setiap mereka mesti diberi pembiayaan untuk pendaftaran yang datangnya bukan daripada Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA)  tetapi saya akan ikhtiar,” ujar beliau. -MalaysiaGazette