Kyut Skin turut memenangi Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider.

KUALA LUMPUR – Fabulove Sisters Empire, syarikat pengeluar produk kecantikan jenama tempatan iaitu Kyut Skin terus melakar sejarah apabila meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023.

Sebelum ini, jenama yang diasaskan dua beradik itu telah mendapat pelbagai pengiktirafan apabila menerima Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera dan diikuti Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk produk stick pelindung matahari.

Pengasas bersama syarikat yang juga adik-beradik, Nur Fathin Zulaikha Sabri dan Nur Fathini Khalillah berkata, kejayaan itu telah membuktikan jenam Kyut Skin sebagai produk yang mampu membawa penyelesaian kepada masalah penjagaan kulit di pasaran negara ini.

Beliau berkata, salah satu aspek yang dititikberat adalah komitmen syarikat terhadap ketelusan dan ujian yang ketat untuk menghasilkan produk yang terbaik dan berkualiti tinggi.

“Sebelum melancarkan produk mereka, jenama ini menjalankan ujian logam berat, ujian SPF, ujian mikrobiologi, dan ujian kestabilan untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk syarikat

“Antara perkara yang membezakan Kyut Skin daripada jenama tempatan lain adalah pendekatan teliti terhadap formulasi produk apabila  telah mendapatkan bantuan pakar-pakar ahli kimia yang bertauliah untuk menghasilkan produk yang terbaik untuk pasaran.

“Bahkan pergi ke Korea Selatan untuk bekerjasama dengan pakar-pakar kimia terlatih bagi memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai perancangan masa depan, Nur Fathin Zulaikha berkata,  Kyut Skin ingin membina kepercayaan orang ramai terhadap jenama berkenaan dan mampu mencapai kejayaan yang konsisten serta menawarkan produk berkualiti tinggi yang tetap relevan di kalangan pengguna mereka.

Jelas beliau, jenama itu kini aktif memperluaskan rangkaian produknya dengan beberapa formulasi yang sedang dalam pembangunan di mana syarikat menjanjikan manfaat yang lebih banyak kepada peminat penjagaan kulit.eperti perniagaan lain, Kyut Skin juga menghadapi cabaran semasa peringkat pembangunan dan pemasaran.

“Dalam usaha untuk memperkenalkan jenama dan produk penjagaan kulit yang baru dan unik kepada pasaran Malaysia, memerlukan masa dan komitmen untuk mendidik pengguna tentang kegunaan dan manfaat produk mereka.

“Untuk mengatasi cabaran ini, Kyut Skin perlu menggunakan strategi pemasaran kreatif dan luar biasa untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk pemahaman kepada pelanggan-pelanggan berpotensi,” katanya. – MalaysiaGazette