Radhi Mat Din (dua dari kiri).

ALOR SETAR – Rakyat Kedah rasa banyak perubahan telah dilakukan sejak pentadbiran Menteri Besar, Datuk  Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor di negeri ini.

Malah calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, Radhi Mat Din mendakwa kerajaan negeri menunaikan apa yang dijanjikan bukan menawarkan janji kosong.

“Perubahan negeri Kedah ini bermula dengan kita. Kita biasa di bawah pemerintahan setiap parti. Kali ini, kita telah merasa kepimpinan PN (Perikatan Nasional) di bawah MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi.

“Memang semua rakyat setuju bahawa perubahan dapat dirasai semasa MB Sanusi memerintah.

“Prihatin PN bukan sekadar janji harga minyak turun. Ini janji yang ditunaikan,” katanya yang juga bekas pemain bola sepak lagenda Hijau Kuning di sini hari ini.

Radhi akan berdepan satu lawan satu pada Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang menyaksikan pertembungan kali kedua bagi mereka.

Sebelum ini mereka pernah bertentang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 di Parlimen Pokok Sena yang memihak kepada Mahfuz. – MalaysiaGazette

Foto Facebook Radhi Mat Din.

2 Komen

  1. Benar,ralyat rasai perubahan bawah sanusi..apa yg rakyat rasa?..rasa di badutkan oleh sanusi.. eheh

    • padu mempadu jeloUs kat Sanusi, kot3. Sebab kawan mempadu dah tipu dia. dah tu, masih tabur tipu lagi. hairan mempadu masih menadah.

Comments are closed.