Chow Kon Yeow bersama para pengundi semasa walkabout di Pasar Awam Perkampungan Juru, Pulau Pinang.

BATU KAWAN – Ceramah kelompok dan fizikal masih penting bagi Pakatan Harapan (PH) dalam usaha menambat hati pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau pinang, 12 Ogos ini.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, media sosial turut diberi tumpuan dalam berkempen berikutan pengaruhnya yang besar dalam kalangan pengundi.

“Ceramah berkelompok masih berterusan di mana-mana, jadi kita perlu lihat
norma baharu yang mana orang lebih suka mengikuti kempen melalui media sosial namun kita masih menganggap ceramah secara fizikal dan sentuhan penting dengan rakyat.

“Katakan kita hidup dalam dunia maya dan tidak perlu melawat ke pasar untuk berkempen, tetapi kita masih ada sentuhan dengan rakyat melalui lawatan fizikal dan bersemuka di pasar, gerai perniagaan, rumah ke rumah dan sebagainya yang masih berimpak,” katanya yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota.

Beliau yang juga berkata demikian selepas acara walkabout ke Pasar Awam Perkampungan Juru dan menyantuni pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah, hari ini.

Menurut Kon Yeow, pihaknya menrima kerjasama yang baik daripada parti lain dalam Kerajaan Perpaduan untuk berkempen pada PRN.

Sementara itu, beliau memberitahu, Menifesto perpaduan akan diumumkan di kawasan calon BN-PH masing-masing pada malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast