Artis, Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Enot akhirnya tampil membuat kenyataan setelah sekian lama berdiam diri dalam industri kerana tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa.

Menerusi laman Tiktok miliknya, Enot berharap agar individu yang membuka aibnya akan menerima balasan yang setimpal.

“Bercakaplah selagi kau mampu bercakap dan aku berdiam selagi aku mampu berdiam. Satu aib aku kau buka, Insya-Allah 10 aib kau akan terbuka.

“Aku malas nak cakap benda yang aku dah simpan, dah kunci elok-elok sebab aku tak suka nak bergaduh dan bermusuh, sebab itu aku pilih diam!, tulis ibu tunggal itu.

Enot, 45, menempelak individu terlibat yang memberikan kenyataan yang menampakkan seolah-olah dirinya sahaja yang berada di pihak yang benar.

“Tapi ayat-ayat kau menampakkan kau sorang je yang betul. Salah tu gali lagi-lagi dalam apa yang kau buat kat aku sampai aku jatuh hati macam ini. Tak apa bagi aku Allah tahu segala-galanya. Dia Maha Mengetahui dalam hati aku macam mana! Allah ada,” katanya.

Sebelum ini, timbul satu khabar angin yang melibatkan seorang pelawak yang juga seorang pelakon didakwa telah menjalinkan hubungan dengan seorang pengkid apabila mereka tidak segan silu berkongsi gambar kemesraan di media sosial.

Semalam, pelakon, Didie Alias menerusi temu bual program Melodi meluahkan isi hatinya selepas ditanya tentang pelawak dan sahabat baiknya  yang membuat keputusan memulakan kehidupan baharu dan tidak lagi menetap di Kuala Lumpur sejak November tahun lalu.

Meskipun tidak menyebut nama namun ramai membuat andaian individu dimaksudkan adalah Enot memandangkan hubungan mereka akrab sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast