Danial Al-Rashid dalam satu program bersama penduduk Batu Tiga.

SHAH ALAM – Tawaran Kita Selangor yang mengandungi lebih 50 program akan berjaya dilaksanakan sekiranya rakyat Shah Alam dan Selangor khususnya bersama dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN).

Calon kerusi dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid berkata, sekiranya rakyat memberi peluang kepadanya untuk mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, beliau akan memajukan kawasan itu lebih ke hadapan seperti Kota Anggerik.

“Antara isu utama yang akan saya angkat ialah menjadikan pembangunan Batu Tiga lebih terkehadapan seperti DUN Kota Anggerik.

“Ianya terkandung dalam tawaran 5 Tekad 5 Tahun yang akan saya terjemahkan dalam DUN Batu Tiga mulai penggal PRN ke-15 minggu depan,” katanya.

Danial akan berdepan dengan calon Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu, Datuk Seri Rina Harun.

Menurutnya, antara lima tekad itu ialah mengukuhkan Pembangunan keluarga dan masyarakat melalui agama, ekonomi dan pendidikan.

Menjamin kepentingan penduduk dalam Pembangunan, peningkatan kebolehpasaran golongan pekerja Gig dan sendiri, meningkatkan daya tahan bencana dan banjir serta perkukuhkan penyampaian inisiatif kerajaan negeri Selangor.

“Percayalah ini bukan cakap kosong, bukan janji populis kerana kita telah buktikan sebelum ini melalui pelbagai inisiatif sedia ada.

“Jadi, 5 Tekad 5 Tahun Tawaran Kita Selangor ini hanya dapat dilaksanakan jika pengundi Batu Tiga memilih calon PH-BN,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast