Kon Yew ketika kempen untuk calon Barisan Nasional, Nor Hafizah Othman di Permatang Berangan di Tasek Gelugor petang tadi.

TASEK GELUGOR – Ketua Menteri Pulau Pinang,  Chow Kon Yeow merayu bekas timbalannya, P. Ramasamy agar mempertimbangkan semula keputusan meninggalkan DAP.

Ahli Parlimen Batu Kawan itu juga tidak menolak kemungkinan tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perai itu serba sedikit boleh menjejaskan undi di kawasan tersebut semasa Pilihan Raya Negeri sekarang.

Katanya, beliau diberitahu oleh Ramasamy sebelum ini bahawa dia tidak berpuas hati  dengan keputusan jawatankuasa pemilihan calon DAP.

“Itulah yang menyebabkan keputusan ambil keluar walaupun saya telah cuba memujuk beliau ketika dia memikirkan tindakan itu sebelum datang bertemu saya secara bersemuka.

“Saya terima awal pagi tadi surat keluar DAP daripada Ramasamy, saya minta dia menimbang semulalah (keputusan keluar DAP),” katanya ketika ditemui semasa kempen untuk calon Barisan Nasional, Nor Hafizah Othman di Permatang Berangan di sini petang tadi.

Ditanya sama ada tindakan itu membawa implikasi terhadap undi sokongan untuk Pakatan Harapan, Kon Yeow yang juga calon DUN Padang Kota berkata, memandangkan Ramasamy ada penyokongnya sendiri, ia memberi kesan.

“Tapi ia sedikit sebanyak boleh memberi kesan,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu menafikan wujud komplot untuk menjatuhkan beliau daripada menjadi ketua menteri semula seperti didakwa Ramasamy.

“Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sudah umumkan dan menjamin ia tidak akan berlaku (tukar ketua menteri),” tegasnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ramasamy isytihar keluar DAP