dipecat
Mohamad Hasan berucap pada Malam Perpaduan DUN Paroi sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke- 15 (PRN) di Giant Senawang, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 10 OGOS 2023.

SEREMBAN – Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial bahawa beliau akan dipecat daripada jawatan Menteri Pertahanan.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, dakwaan tersebut adalah tidak masuk akal.

“Ia tohmahan yang dilemparkan untuk memecahkan undi orang UMNO dan BN, jadi orang UMNO dan BN berhati-hatilah.

“Kerana mereka nak pecahkan seboleh mungkin sokongan orang UMNO dan BN dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada program Malam Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi di Senawang, di sini, malam ini.

Bagaimanapun, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menularkan tohmahan tersebut.

Sementara itu, beliau yang juga calon BN bagi kerusi DUN Rantau menasihatkan orang ramai agar jangan mempercayai dakwaan bahawa Islam dan Melayu terancam di bawah Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, dakwaan sedemikian boleh mencetuskan perasaan tak puas hati dan memecahbelahkan rakyat.

“Yang berbahaya adalah bila kita menggunakan isu perkauman dan agama di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia,” jelasnya.

Mohamad menegaskan, Islam dan Melayu tidak akan terancam selagi Perlembagaan Persekutuan masih utuh. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tok Mat Hasan ni bengap atau BANGANG? kes pecat Menteri ni KUASA PM laaaa…. jangan tunjukkan biul tu kat akarumbi UMNO. Amat memeranjatkan Mat Hasan berkata TIDAK MASUK AKAL dia akan dipecat. Seharusnya dia beri statement dengan ayat … “perkara itu diluar pengetahuan”… atau “ini mungkin dimainkan kerana PRN”.. Mat Hasan ni macam TAK ADA AKAL….

Comments are closed.