Para penyokong Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) kini berkumpul di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini bagi mengikuti keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

KUALA LUMPUR – Para penyokong Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) kini berkumpul di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini bagi mengikuti keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Sejak pukul 7 malam tadi, para penyokong kedua-dua parti itu bertali arus memasuki Dewan Tun Hussein Onn bagi mendapatkan perkembangan terkini keputusan di semua kawasan yang disiarkan secara langsung menerusi skrin besar yang di pasang di dewan berkenaan.

Setakat ini, pengamal tidak dibenarkan untuk memasuki ruang dewan tersebut dan hanya menerima maklumat keputusan tidak rasmi menerusi laman-laman sosial.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka tiba pukul 9 malam untuk bersama-sama mengikuti perkembangan keputusan PRN.

Difahamkan sejurus selepas itu akan diadakan sidang media khas mengenai PRN. – MalaysiaGazette