KUALA LUMPUR – Tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya beliau meletakkan jawatan bukanlah langkah penyelesaian.
Sebaliknya, prestasi buruk yang direkodkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, adalah tanggungjawab semua, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
“Jangan menuding jari. Ia beban bersama. Mendesak Zahid letak jawatan bukan penyelesaian. Semua bertanggungjawab.
“UMNO perlu dapat balik sokongan orang Melayu. Menteri-menteri UMNO mesti serius menjayakan agenda Melayu dan rakyat. Kuasa di tangan mereka.
“Sebab itu UMNO mesti kekal dalam Kerajaan Perpaduan. PH-BN perlu mengukuhkan kerjasama. Zahid sesuai pikul misi ini. Dia tidak perlu letak jawatan. Jangan melatah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Puad menyelar tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin yang disifatkan sebagai angkuh apabila mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan.
“Muhyiddin angkuh bila suruh Zahid letak jawatan. Bila PN kalah teruk di Melaka dan Johor dia tidak letak jawatan. Dia kekal Presiden Bersatu sedangkan dia kluster mahkamah,” ujarnya.
Kelmarin, PN mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan serta-merta.
Menurut Muhyiddin, kejayaan besar PN meraih sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) menandakan bahawa gabungan itu adalah wadah utama politik bangsa Melayu pada masa kini. – MalaysiaGazette
Pokcik Puad ni syok sendiri… Muhyidin memang angkuh tidak letak jawatan PRN Melaka Johor kalah.. Muhyidin angkuh yang tidak angkuh adalah NAJIB RAZAK dia letak jawatan SEBAB UMNO menurun prestasi dengan desakan ZAHID HAMIDI, NAJIB BERJIWA BESAR… kini ZAHID HAMIDI menuruti desakan akarumbi… ATAU ZAHID HAMIDI nak tiru Muhyidin Yasin kot…. Puad terkutuk ni PASTI ada alasan penyedap hahaha. ZAHID HAMIDI are you ready… tengok passport tengok ticket… ngam time chow…
ni lagi sorang buta tuli, dah terang terang orang taknak zahid. sebab zahid umno kalah teruk prn/pru. lagi mau sembang apa.. betul la kata kj, orang umno akan terima je wak jahid ni biar pun umno nak pupus dalm dunia