ADUN Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama yang lain mengangkat tangan sambil bersorak selepas hadir ke Himpunan Mandat Rakyat sempena kemenangan Perikatan Nasional di Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah ketika di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. Foto MOHD ADZLAN, 13 OGOS 2023.

ALOR SETAR – Kerajaan Pusat digesa untuk menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. NorĀ  berharap kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghukum pengundi-pengundi Kedah kerana memilih PN.

“Ini adalah manifestasi kehendak rakyat Kedah kepada perjuangan PN yang telah kami sebutkan sejak awal lagi.

“Kerajaan Persekutuan sila hormati kehendak rakyat Kedah. Pudin (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail), Fizi (Rafizi Ramli) dan Bang Non (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jangan buat-buat tak faham dengan mandat yang telah diberikan kepada PN.

“Jangan cuba ketepikan dan hukum atau denda rakyat Kedah kerana menolak kamu,” katanya ketika berucap pada himpunan Mandat Rakyat di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, malam tadi.

Pada PRN Kedah, PN Kedah memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Jelas Sanusi, keputusan memihak kepada PN mencerminkan sistem demokrasi negara masih utuh dan tidak tergugat.

“Kita telah sama-sama menerima (undian rakyat), inilah sistem demokrasi yang mana rakyat pilih satu parti kita kena akur dan berlapang dada.

“Jangan kamu cuba sempitkan dada kamu,” katanya.

Dalam pada itu, Sanusi menasihatkan muka-muka lama yang kalah dalam PRN kali ini agar pencen daripada politik.

Sanusi berkata. Rakyat tidak menolak mereka bulat-bulat namun menolak wadah perjuangan parti yang mereka wakili ketika bertanding di PRN.

“Sebahagian daripada mereka itu patut pencen, cuba bertanding di kerusi Parlimen gagal, kerusi DUN pun gagal.

“Ini sebenarnya bukan kegagalan diri kamu tapi kegagalan perjuangan kamu cuba paksakan yang tidak boleh diterima oleh pengundi-pengundi Kedah.

“Selamat beristirehat saya ucapkan,” katanya.

Sabtu lalu, dua pemimpin PH-BN iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar tewas di tangan calon PN di DUN Pedu dan Alor Mengkudu.

Mahdzir Khalid kalah kepada Mohd Radzi Md Amin dengan mendapat majoriti 6,373 undi.

Manakala Mahfuz yang kali kedua bertembung dengan pencabarnya, Radzi Mat Din turut tewas di DUN Alor Mengkudu dengan majoriti besar, iaitu 10,104 undi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kenapa nak hukum. Sendiri pilih sendiriah tanggung. Peruntukan perly diutamakan pada rakyat negeri PH BN. Lebihan peruntukan kalau ada baru boleh dipertimbangkan untuk rakyat negeri perlis kedah kelantan dan terengganu. Itupun disalurkan untuk yang menyokong PH BN sahaja.sebab peruntukan PH BN tu haram.kafir hingga kiamat dan ahli neraka. Jangan bagi mereka peruntukan.

  2. Kerajaan menang hasil budaya mulut/jiwa Maki Hamun@Fitnah cNusi??…bikin malu, puas kutuk maki..siap pula merayu tidak/jangan dipinggirkan..ini masa kamu@cNusi jadi anak jantan tunjuk kehebatan diri & gengĀ² kamu untuk majukan Negeri Kedah..jangan “Meroyan” laksanakan tanggungjawab untuk rakyat Kedah.
    “Jangan Mulut Macam Langau”..asyik salahkan orang lain.

Comments are closed.