Datuk Mohd. Yusof Ismail

KUALA LUMPUR – UMNO digesa untuk tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas prestasi buruk di Pilihan Raya Negeri (PRN)  Sabtu lalu.

Keputusan kelmarin jelas bekas Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail menunjukkan pengundi Melayu termasuk ahli-ahli UMNO menolak parti itu kerana tidak bersetuju dengan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP.

Sebagai tanda memahami sentimen pengundi Melayu berhubung kerjasama UMNO dan DAP itu, parti perlu bertindak tegas dan segera dengan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

“Berkawan dengan DAP untung seringgit, rugi sejuta.

“Jika keadaan ini berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), ada kemungkinan besar UMNO akan menjadi parti kecil yang menang hanya belasan kerusi Parlimen gara-gara mahu terus bersama DAP dalam kerajaan untuk tiga atau empat tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Yusof  berkata, UMNO perlu segera mengambil tindakan drastik untuk keluar dari kerajaan atau berdepan kemungkinan UMNO tidak lagi berjaya pada PRU akan datang.

Pada Sabtu lalu, UMNO kalah teruk apabila hanya menang 19 kerusi dari 108 kerusi DUN yang ditandingi.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan PRN di enam negeri Sabtu lepas merupakan amaran akhir untuk kelangsungan politik UMNO dan parti itu perlu berubah.

Tengku Zafrul berkata, biar pun Kerajaan Perpaduan diberi mandat menerajui Selangor untuk lima tahun lagi, ia tidak menutup hakikat pedih prestasi Barisan Nasional (BN) amat lemah di negeri itu.

BN hanya memenangi dua daripada 12 kerusi ditandingi di Selangor dengan satu daripadanya sebelum ini milik DAP.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Woii mangkuk bekas..hang dah bekas,x perlu nak menyibuk..umno kalah teruk sebelum bergabung dgn ph lagi.. toksah bagi hujah bebal la bekas..toksah menyibuk hal umno

  2. Ni lah mamat yg digantung oleh UMNO dan berdendam dgn Presiden. Dia ni geng2 Noh Omar, Nuar Musa, Shahidan dll. Golongan ini lah yg berusaha utk menjahanamkan UMNO sbb mrk ni pemuja Muhyidin. Alasan kerjasama dengan DAP tak relevan sebab PAS masa kawan dengan DAP tak kalah pun. Sebenarnya mrk ni baruah Muhyidin yg gila kuasa nak jadi PM balik..simple…pelik yer MG ni kerja dia sebarkan suara2 pengkhianat ni…sama mcm Sinar dan Harian Metro

  3. Unjuran dari akarumbi UMNO tetapi tetap tidak diperdulikan… sekarang UMNO pimpinan SI KITOL boleh ambil ubat… PRU 16 boleh order Wad Nazak keseluruhan katil HOSPITAL seluruh NEGARA…. ZAHID Si KITOL are you ready!!! PRK Pulai dekat dah tu… 10 yang pernah serah SD pada Muhyidin Yasin sedang merenong hangguk-hangguk…

Comments are closed.