Datuk Johan Aziz tinjau permasalahan sampah hari ini.

HULU LANGAT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz yang sudah memulakan tugasnya selepas mendapat mandat menjadi wakil rakyat penduduk kawasan tersebut.

Antara fokus utama bekas ADUN Semenyih itu ialah permasalahan sampah yang menjadi masalah penduduk setempat sejak sekian lama

“Hari ini saya turun sendiri melihat keadaan sampah di Batu 18 yang menyumbang permasalahan bau kepada kawasan sekitar, pencemaran sungai berhampiran yang sekali gus menjejaskan permandangan.

“Ketika saya berkempen sebelum ini, ramai penduduk setempat sudah mengadu tentang perkara dan sememangnya saya langsung tidak ambil ringan, sampah dan pencemaran ini memang isu serius,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Beliau juga dilihat meninjau beberapa lokasi yang dikaitkan dengan masalah sampah selain menyantuni penduduk setempat.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, Johan menewaskan pencabarnya, Azhar Hambali (Perikatan Nasional) dan calon MUDA, Al Hafiz Ikhwan dengan majoriti 3,014 undi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bagus-bagus DUN UMNO ni buat kerja walau Kerajaan Negeri belum terbentuk. Buang sampah buang MB SELANGOR PKR tu.. angan-angan boleh la SEBAB percuma. Mungkin DAP akan cadangkan Mat UMNO ni jadi EXCO SAMPAH.. molek dah tu.. layak sangat puak ni..

Comments are closed.