Pandak (tengah ) mengharapkan kerajaan negeri mengambil sirius soal penguatkuasaan perairan antarabangsa antara Johor dan Singapura, khasnya di perairan Selat Tebrau.

GELANG PATAH – Kerajaan Johor diminta meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di perairan antarabangsa antara negeri itu dan Singapura, khususnya di perairan Selat Tebrau.

Jabatan terlibat juga perlu konsisten dalam melaksanakan tugas berikutan dakwaan empat nelayan bahawa penguatkuasa Singapura melanggar dan merosakkan jaring udang di kawasan perairan Selat Tebrau berhampiran Jambatan Link Kedua, pada Isnin lalu

Nelayan, Faizan Wahid mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi itu apabila beliau bersama tiga lagi nelayan sedang memasang jaring untuk menangkap udang.

Faizan,nelayan

‘’Ketika itu kalau  tidak silap saya tujuh jaring dipasang di tempat biasa kami mencari rezeki dan kawasan itu memang dalam kawasan perairan Malaysia. Memang dalam kawasan kita,

“Tiba-tiba bot penguat kuasa Singapura datang ke arah jaring. Habis rosak semua jaring dilanggar bot. Dia seolah-olah sengaja buat begitu supaya kami takut untuk ke kawasan itu,

“Saya ada tanya mengapa langgar jaring, anggota penguat kuasa itu hanya menjawab mereka tidak perasan. Jawapan itu bagi saya agak mengelirukan kerana jaring tersebut masih berada di atas permukaan air,” katanya pada siding media di Kampung Pendas, di sini, hari ini.

Menurut Faizan, laporan polis telah dibuat dan menganggarkan kerugian akibat jaring yang rosak hampir RM1,000.

Tambah beliau, sejak insiden itu dia bukan sahaja menanggung kerugiann, malah punca pendapatan harian juga terjejas.

“Macam mana kami nak turun ke laut, gaji pun tak seberapa sangat dan bila jadi  begini kita kena tempah jaring bukan boleh main beli dan terus siap. Tidak,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, nelayan tempatan didakwa dihalau penguat kuasa Singapura pada OKtober lalu dan kejadian itu tular di media sosial.

“Apa yang dikesalkan, kes membabitkan penguat kuasa Singapura dan nelayan tempatan bukan pertama kali berlaku. Sudah beberapa kali nelayan berdepan kejadian sama sebelum ini.

Berikutan itu, beliau juga mencadangkan agar Pulau Merambong di sempadan perairan negara dan Singapura dijadikan pangkalan Maritim Malaysia.

Ia bagi membolehkan sempadan negara tidak diceroboh sewenang-wenangnya.

Menurut Pandak, beliau telah memaklumkan kejadian itu kepada Konsulat Jeneral Singapura di Johor, Jeevan Singh, namun  sehingga hari ini masih tiada sebarang tindakan dilakukan. -MalaysiaGazette