KUALA LUMPUR – Seorang lagi bekas pimpinan UMNO, Datuk Seri Adnan Yaakob turut menggambarkan prestasi parti itu kian menjunam susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Dalam satu video berdurasi 25 saat yang tular semalam, bekas Menteri Besar Pahang atau lebih dikenali sebagai Tok Nan mengatakan UMNO akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.
“UMNO pun dah nak bungkus dah, bungkus lipat,” katanya dalam video berkenaan.
Video itu tular semalam apabila Adnan dilihat hadir ke mahkamah di sini ketika keputusan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Kenyataan Adnan membuat Muhyiddin tercengang dan bertanya “Macam mana jadi begitu?
“Banyak ceritanya,” jawab Adnan ringkas.
Semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil melepas dan membebaskan Muhyiddin, 76, setelah mendapati keempat-empat pertuduhan dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional itu adalah kabur dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.
Semalam juga bekas Pengerusi UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan besar dialami Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.
Menerusi satu hantaran ringkas di laman sosial Facebooknya pada Ahad, Idris turut menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan presiden UMNO yang disandangnya di dalam parti itu.
“UMNO kalah teruk di PRN semalam. UMNO kalah 100 peratus di Terengganu. Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” tulisnya. – MalaysiaGazette
Kapal rosak belum tentu akan karam. Ada kepakaran boleh baiki ruang2 yg bermasalah. Sape yg takut boleh terjun kapal dan naik kapal lain. Yg hati kental teruskan berada di atas kapal dan perbaiki agar ruang yg rosak diperbaiki dan meneruskan perjalanan ke destinasi. Yang dh terjun tak yah nk tunjuk prihatin pd nasib kapal yg ditinggalkan tu biar yg masih berada dlm kapal tu tentukan nasib kapal mereka. Simple
kalau nakhoda sudah tak hetul, ada mechanic dan krew yang bagus sudah dibuang. Nak baca kompas pun tak tahu. Macam mana pula tu. MIC dan MCA sudah nyawa-nyawa ikan tinggal UMNO sahaja lagi nak lemas. Zaman sudah berubah orang sudah tidak guna dacing.
Dimata rakyat mungkin Hishamuddin yang punyai rekod bersih dan berpengalaman luas yang mungkin dapat mengembalikan keyakinan akar umbi terhadap parti itu.
Jangan berlengah untuk mengangkat beliau sebagai presiden parti yang baharu.