KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditegur kerana perbuatannya mengetuk kepala seorang wanita dengan helaian kertas, baru-baru ini.
Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz berkata, Muhammad Sanusi sepatutnya menjaga kehormatan orang ramai.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa memberitahu, adab perlu dijaga lebih-lebih lagi oleh pemimpin berpangkat besar seperti Menteri Besar.
“Pemimpin besar buat, pengikut akan ikut sekali. Jangan normalisasi semua benda sebagai jenaka.
“Tunjukkan sikap hormat, Muhammad Sanusi,” katanya dalam ciapan Twitter, hari ini.
Amira Aisya mengulas mengenai rakaman video tular yang menunjukkan gurauan kasar Muhammad Sanusi mengetuk kepala seorang wanita dengan helaian kertas.
Walau bagaimanapun, orang ramai di lokasi kejadian kelihatan hanya ketawa, seolah-olah menganggap perbuatan itu sebagai jenaka.
Sebahagian besar netizen mengecam perbuatan Muhammad Sanusi itu yang dianggap agak kasar dan tidak menghormati kaum wanita. – MalaysiaGazette
Ehhh jgn sibuk laaa..wanita Kedah mmg suka…depa ni mmg selalu kena ketuk kat hat kepala dgn jantan..lg bagus sambil kena ketuk tu..carutkan kepala bapak hampa…tu satu pujian menurut Sanusi…
MANA SUARA AMIRA MASA ANWAR MUNAFIK HINA WANITA DAN MAHASISWA,,,DALAM PROGRAM TEMU ANWAR…JANGAN PILIH BULU