Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang media khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 03 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N36 Pelangai, Pahang akan diadakan pada Khamis ini bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN tersebut.

Ia selaras dengan Bab IV Perkara 26 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang telah memperuntukkan yang kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N36 Pelangai, Pahang perlu disi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR.

“Sehubungan it, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil Dewan Negeri N36 Pelangai, Pahang pada 24 Ogos 2023 (Khamis).

“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengersikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malah satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

Penetapan tarikh PRK DUN Pelangai itu akan diadaaln susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam baru-baru ini.

Dalam masa sama, SPR turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga
Allahyarham Johari atas kembalinya Allahyarham ke rahmatullah Khamis lalu.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang,” kata Ikmalrudin.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Johari menang kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

Allahyarham Johari menggantikan Tan Sri Adnan Yaakob yang juga bekas Menteri Besar Pahang yang mengumumkan tidak mempertahankan kerusi DUN Pelangai pada PRU15. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.