KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan dengan kereta dekat Jalan Tuanku Abdul Halim di sini hari ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majis pecah tanah Bangunan MIC di Jalan Rahmat di sini.
“Kami bergegas membantu Encik Satnam dan saya telah pastikan agar rawatan serta urusan perubatan beliau dapat disegerakan.
“Saya doakan Encik Satnam kembali sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – MalaysiaGazette