Mason Greenwood. Foto The Guardian.

LONDON – Manchester United mengumumkan secara rasmi telah melepaskan penyerang mudanya iaitu Mason Greenwood daripada kelab itu selepas hasil siasatan dalaman yang dilakukannya.

Kenyataan itu dibuat dengan kelab memutuskan bahawa kontrak pemain tersebut ditamatkan serta-merta setelah mengambil keputusan secara bersama.

United menegaskan bahawa keputusan itu terbaik untuk berpisah dengan pemain tersebut yang sebelum ini ditahan atas kesalahan keganasan domestik dan merogol.

Greenwood kemudian dibebaskan oleh polis selepas mangsa memohon agar kesemua pertuduhan itu digugurkan.

Sebelum iniĀ  The Athletic melaporkan bahawa United sedia membuka pintu kembali kepada Greenwood namun dibantah pelbagai pihak.

Kelab itu berdepan dilema untuk menyenaraikan semula Greenwood ke dalam pasukan walaupun dia dibebaskan daripada semua pertuduhan.

Ini kerana gambar, video dan rakaman audio yang tular di media sosial walaupun berpendapat bahawa semua yang tersebar di media sosial bukanlah bukti lengkap.

Menurut United, kelab itu tetap memberi sokongan kepada pemain berkenaan dan teman wanitanya yang merupakan mangsa keganasan domestik tersebut.

Sementara itu, Greenwood menerima keputusan daripada kelabnya itu dan berkata dia belajar daripada apa yang berlaku sambil menafikan dia melakukan kesalahan tersebut.

Dia bertekad akan meneruskan karier bola sepaknya dan juga berjanji tidak akan mengganggu United lagi selepas ini.

Tindakan United melepaskan Greenwood itu kini mendapat reaksi bercampur baur dalam kalangan peminat sendiri. – Agensi