Mohd Asna Amin

SEREMBAN – Naratif ‘kahwin paksa’ antara UMNO dan DAP sehingga digelar UMDAP yang dicipta pihak lawan harus diperjelaskan kepada pengundi termasuk ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mohd Asna Amin berkata, akibatnya, Pakatan Harapan (PH) yang merupakan gabungan 19 parti lain termasuk tiga blok parti terbesar iaitu PKR, DAP dan Amanah dilabel pro DAP.

“Inilah maklumat yang agak mengejutkan saya berdasarkan perbualan dengan ahli UMNO dan pengundi akar umbi apabila naratif UMDAP yang dimomokkan Perikatan Nasional (PN) berjaya didoktrinkan ke dalam minda mereka.

“Masih ada dalam kalangan mereka beranggapan UMNO cuma bergabung dengan DAP di bawah PH-BN sedangkan gabungan ini diimbangi parti besar iaitu MCA, MIC, PKR dan Amanah yang tidak sesekali mendisriminasi kaum dan agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Asna yang menang kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 12 Ogos lalu berkata, sehubungan itu setiap wakil rakyat kerajaan di negeri ini perlu memperbetulkan semula tanggapan salah itu di peringkat kampung masing-masing.

“Ini yang mungkin kita terlepas pandang pada kempen PRN lalu sehinggakan rakyat ingat PH-BN itu adalah UMDAP menyebabkan kita kehilangan undi kepada PH-BN di bawah payung Kerajaan Perpaduan,” katanya.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan gabungan Kerajaan Perpaduan PH-BN kekal mentadbir negeri apabila memperoleh 31 kerusi manakala PN menang lima kerusi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. MADANI MUNAFIK sekarang menyucikan dan menjuburi DAPIGS….TIDAK ADA me LAYU umnogok MARAH BILA LKS dapat GELARAN TAN SRI….SEMUA TERSENYUM SIPU BERTEPUK TANGAN…DISEBALIK me LAYU telah diHINA dan dicabar TINDAKAN DAPIgS,INI YANG PERLU DIJELASKAN KE AKAR UMBI….TERMASUK DIMAKAN SUMPAH ZAHID

Comments are closed.