PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA KRAI – Seorang pemandu lori maut, manakala 22 penumpang bas terselamat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu-Gua Musang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Suzaimi Mohamad berkata dalam kejadian pada 10.40 malam itu, pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian serta dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati bas yang membawa 22 penumpang dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Seremban, Negeri Sembilan, manakala lori itu pula dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu.

“Apabila tiba di lokasi, lori terbabit telah bertembung dengan bas dan kemalangan itu mengakibatkan bas itu bergerak ke sebelah kiri jalan lalu melanggar penghadang keselamatan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Suzaimi berkata, kelindan lori dan pemandu bas mengalami kecederaan ringan, manakala 22 penumpang bas pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa oleh pihak syarikat bas berkenaan ke lokasi dituju dengan selamat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast